WELCOME TO HASAN BIRD OF PAK BARA THAILAND.COMUNICATION : THAI,ENGLISH AND MALAY...IF YOU HAVE PROBLEM WITH TRANSPORT ,HOTEL , HALAL FOOD OR ANYTHING .DO NOT HESTITAGE TO CALL ME AT 0831869097 OR LEAVE YR MSG AT MY BLOG.TQ Hasan Bird Of Pak Bara Thailand: Restoran Nava, Mu Ko Phetra

Sunday, July 14, 2013

Restoran Nava, Mu Ko Phetra

satunsiam.blogspot.com

Salam,

Kalau sesiapa pernah mengikuti konvoi atau rombongan bersama kami ke Pak Bara,La ngu Satun tentu anda ingat Resoran Nava yang terletak dihadapan Masjid Pak Bara Jalan Pak Bara Pier. Pemiliknya bernama Hamka dan bersama adik iparnya Hassan Bird. Kini mereka membuka satu lagi cawangan di Mu Ko Phetra National Park.




Restoran Nava 2 terletak kira kira satu minit berjalan kaki ke Mu Ko Phetra National Park. Restoran Nava 2 diuruskan oleh Hassan Bird. Lokasinya ditepi pantai Taman Negara dengan pemandangan yang sangat indah.Anda dapat menikmati perkampungan nelayan orang Islam Thai dan melihat cara kehidupan mereka yang pernah anda rasai di Malaysia kira kira 10 ke 20 tahun dahulu. Cara masyarakat disini,masih mengekalkan kehidupan masyarakat Melayu dan sering mengjalani aktiviti gotong royong dan kehidupan kampung yang masyarakat Melayu Malaysia sudah lama tinggalkan.
satunsiam.blogspot.com
Restoran Nava, Mu Ko Phetra

Restoran Nava, Mu Ko Phetra


Restoran ini masih mengekalkan menu seperti Nava 1. Masakan Thai dan moden. Anda boleh menjamu selera dengan pemandangan laut dan boleh memilih duduk dipinggir kolam ikan dan udang yang ditebusguna dari sungai lama.menyaksikan anak anak ikan siakap berenang sambil memberi makan.Tiupan angin dari Laut Andaman sungguh menyamankan suasana.

Tempat ini sesuai juga untuk di buat aktiviti keluarga atau kumpulan. Anda boleh menganjurkan sukaneka dan bermain bolasepak pantai. Disamping itu kepada kaki pancing pantai,disinilah tempatnya.

Restoran Nava, Mu Ko Phetra

Restoran Nava, Mu Ko Phetra

ARTICLE FROM : http://satunsiam.blogspot.com/2013/07/restoran-nava-2-mu-ko-phetra.html

No comments:

Post a Comment