Sunday, December 9, 2012
Pengalaman Di Pak Bara
Assalamu'alaikum,
Selepas ride ramai-ramai dengan rakan-rakan awal tahun yang lalu ke Satun, tercetus idea untuk ride ke Pak Bara pula. Pengalaman ride ke Satun boleh dibaca di sini.
Masa tu kami pergi ke Satun sehari saja, pergi sebelah pagi dan pulang pada sebelah petangnya. Cuma pergi makan tengahari saja kat sana.
Semasa di Satun, dapat info yang Pak Bara adalah salah satu tempat yang menarik di Thailand. Jadi dari situ tercetus idea untuk terjah ke Pak Bara.
Selepas hampir 2 bulan merancang, kami ambil keputusan untuk ke Pak Bara pada 17 Disember 2011 yang lalu dan pulang semula ke Perlis pada 18 Disember 2011, iaitu selama 2 hari 1 malam. Selepas diwar-warkan, seramai 14 orang akan join ride kali ni. Bagi memeriahkan lagi suasana, aku telah menempah t-shirt sebagai kenang-kenangan ride kali ni.
For info, Pak Bara ni terletak berhampiran dengan La-Ngu dan Satun di Thailand. Jaraknya dari Kangar dianggarkan 120 km dan mungkin memakan masa 3 jam untuk sampai ke sana.
....bersambung disini.....http://irdinailham.blogspot.com/2011/12/ride-pak-bara-bhg1.html
Labels:
PAK BARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment